Seramai 120 orang rakyat Malaysia berkumpul di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat bagi merayakan Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agung pada 6 Jun 2009. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan dan disusuli dengan ucapan TYT Duta Besar. Satu ceramah ringkas mengenai konsep satu Malaysia dari perspektif Islam telah disampaikan oleh salah seorang pelajar. Kemuncak perayaan ialah majlis bercukur jambul anjuran PERWAKILAN Rabat untuk dua (2) orang anak Malaysia/Maghribi dan seorang anak Malaysia/Perancis.
2. Untuk makluman, pada bulan-bulan yang lepas Kedutaan Besar Malaysia di Rabat juga telah menyertai dan mengadakan pelbagai aktiviti seperti berikut:
2.1. Menyertai Sukan ASEAN di Kedutaan Besar Indonesia, Rabat pada Sabtu 25 April 2009.
2.2. YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Umar Radin Sohadi, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi telah menemui para pelajar Malaysia di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat sebagai satu program lawatan beliau ke Maghribi.
2.3. Perwakilan RABAT telah menganjurkan pertunjukan fesyen batik sebagai acara kemuncak Makan Malam Gala Minggu Makanan dan Kebudayaan Malaysia anjuran Tourism Malaysia Jeddah di Hotel Sheraton Casablanca pada 30 April 2009.
2.4. TYT Duta Besar Malaysia di Rabat, Datuk Othman Samin telah menyampaikan ceramah mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamed di Ecole Hassaniah des Travaux Public, Casablanca, anjuran para pelajar di institut berkenaan. Seorang pelajar Malaysia, Cik Shahirah juga telah menyampaikan ceramahnya dari sudut pandangan seorang belia dan pelajar Malaysia.
| Antara gambar-gambar menarik semasa sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong pada 6 Jun 2009 |
| Antara gambar-gambar menarik semasa Minggu Makanan dan Kebudayaan
|
| Antara gambar-gambar menarik semasa pertunjukan fesyen sempena Makan Malam Gala Minggu Makanan dan Kebudayaan |