1. Satu majlis iftar telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat untuk rakyat Malaysia khususnya pelajar pada Jumaat, 5 September 2008. Kemuncak majlis ialah bacaan Quran oleh Encik Mr. Abdelkrim El Bakiallah, Qari dari Maghribi yang menyandang Naib Johan dalam Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2008 yang lepas di Terengganu. TYT Duta Besar juga telah menjemput Dr. Mohammed Ali Altafay, juri Tilawah Al-Quran Antarabangsa sepanjang 6 tahun dan Encik Mohamed El Mahrouchi, qari tempatan bagi TV Maghribi dan juga di Raja Maghribi.
2. Sempena bulan suci Ramadhan, Persatuan Pelajar Malaysia di Maghribi telah menganjurkan satu forum bertajuk “Quran: Antara Aplikasi dan Implikasi” di Kediaman Rasmi Duta Besar di Rabat pada 20 September 2008. Forum ini telah dijayakan oleh tiga panel terdiri dari tiga orang pelajar iaitu Ustaz Bahruddin bin Muhammad, Ustaz Ahmad Irdha bin Mokhtar dan Ustaz Nur Mohammad Hadi bin Zahalan dan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Shakir. TYT Othman Samin, Duta Besar dan pegawai-pegawai Perwakilan serta rakyat Malaysia di Maghribi telah turut menghadiri majlis tersebut.