Mission News

Berita dari Rabat, Maghribi

27 October 2009 1 views

 

Fete des Langues
 
Kedutaan Besar Malaysia telah diberi peluang mempromosikan Bahasa Melayu menerusi Program “Fete des Langues” anjuran Institute Francais de Casablanca pada Sabtu 26 September 2009 di Casablanca. Negara-negara lain yang turut diberi peluang ialah Britain, Sepanyol, German, Italy, Netherlands, Peranchis, Poland, Finland, Denmark, Portugis, Russia, Greek, Republik Czech. Turki, Arab (Standard), Darija (kolokial) dan Jepun. Menerusi program itu, setiap wakil negara diberi masa selama 30 minit memperkenalkan bahasa ibunda dan seterusnya mengajar kepada para penonton secara ringkas sebagai satu cara mencetuskan minat orang asing terhadap Bahasa Melayu.
Duta Besar telah mengamanahkan Puan Rohana Othman, PA kepada Duta Besar untuk menunaikan tanggungjawab ini. Puan Rohana telah memperkenalkan Bahasa Melayu dan menyediakan beberapa dialog ringkas dalam Bahasa Melayu sebagai bingkisan penonton. 
 
Asian Charity Festival 2009
 
Perwakilan Rabat telah menyertai Asian Charity Festival 2009 by Asian Diplomatic Spouses’ (ADSM) Rabat pada Ahad 10 Oktober 2009 di Kediaman Rasmi Duta Besar Bangladesh Rabat.
Selain daripada memperkenalkan makanan Malaysia, Perwakilan juga telah turut serta dalam segmen peragaan pakaian tradisional Asian dan membuat persembahan pencak silat yang dijayakan oleh para pelajar.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back