Mission News

BERITA DARI RABAT

09 November 2009 1 views

1.                 Perwakilan Rabat telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Adha pada Sabtu 28 November 2009 di Kediaman Rasmi Duta Besar untuk rakyat Malaysia. Seperti tahun-tahun lepas, Raja Maghribi telah mengurniakan seekor kambing Qurban.

 

2.                 Perwakilan Rabat telah menyertai Bazaar Kumpulan Diplomatik di Rabat pada Sabtu 21 November 2009 di Theatre Mohamed V dengan menjual kraftangan Malaysia dengan mendapat sambutan di luar jangkaan. Hasil kutipan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Bazaar telah dirasmikan oleh Puteri Asma adik kepada Raja Morocco.

 

 3.                 Pegawai-pegawai Kedutaan Besar, Perwakilan Rabat dan Alumni MTCP Morocco telah mengorak langkah menganjurkan program lawatan ke Wilayah Tetouan pada 14-15 November 2009. Kemuncak program ialah melawat projek ternakan ikan di Tetouan dan projek pelabuhan “Tanger Med”. Duta Besar turut serta dalam program ini.
 

4.                 Alumni MTCP telah menganjurkan Jamuan Makan Malam/Ceramah pada 5 November 2009 di Restaurant Asiem. Professor Oumar Kettani dari Universiti Mohamed V yang baru mengikuti kursus MTCP mengenai Kewangan Islam di jemput sebagai penceramah jemputan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back