Mission News

Hari Sukan Negara 2015, 10 Oktober 2015

16 October 2015 1 views

Seramai 32 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di  universiti-universiti di Maghribi dan kakitangan Kedutaan telah mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2015 yang telah diadakan di perkarangan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Rabat pada 10 Oktober 2015.  Program telah dimulakan pada 9.30 pagi dengan senamrobik selama setengah jam diketuai oleh wakil pelajar.  Seterusnya para peserta yang dibahagikan dalam lima kumpulan telah mengambil bahagian dalam acara sukaneka.  Para peserta telah menunjukkan kerjasama yang baik serta semangat setiakawan yang tinggi.  Hadiah telah disampaikan oleh Cik Salfarina Salim, Penasihat Kedutaan kepada kumpulan yang telah berjaya memenangi dalam acara-acara sukaneka tersebut sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menjayakan Hari Sukan Negara 2015.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back