Mission News

HARI SUKAN NEGARA, 8 OKTOBER 2016

10 October 2016 1 views

Seramai 51 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Kedutaan telah mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2016 yang telah diadakan di perkarangan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Rabat.  Program telah dimulakan pada 9.30 pagi dengan sarapan pagi dan ucapan ringkas oleh TYT Dato’ Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia ke Maghribi.  Para peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukaneka yang dianjurkan.  Hadiah berupa hamper makanan ringan telah disampaikan oleh para pegawai Kedutaan dan wakil pelajar kepada kumpulan yang berjaya.  Program tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang sederhana.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back