Presiden Republik Islam Mauritania, SIDI MOHAMED OUILD CHEIKH ABDALLAHI, telah menyatakan kesediaanya dan kerajaan baru Mauritania untuk bekerja sama lebih erat dengan Malaysia bukan sahaja untuk rakyat kedua-dua negara tetapi juga untuk keseluruhan ummah. Beliau juga melahirkan penghargaan kepada Malaysia kerana terlibat secara langsung dalam program membina keupayaan negara-negara OIC. Hal ini dinyatakan oleh beliau ketika menerima watikah perlantikan TYT Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Mauritania di Nuachott pada 21 Jun 2007 . Othman Samin ditauliahkan serentak dari Rabat, Morocco.