KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA EDUCATION MALAYSIA EGYPT
Pada 12 Februari 2026, Dato’ Shahabudeen Adam Shah telah menerima kunjungan hormat daripada Dato' Shamsul Najmi Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa sektor pendidikan tinggi serta meneroka potensi kerjasama yang lebih erat antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Maghribi. Turut dibincangkan ialah isu kebajikan pelajar Malaysia di Maghribi, termasuk usaha berterusan untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.
