Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH KETUA EKSEKUTIF KOLEJ ISLAM AS-SOFA, MALAYSIA

16 July 2014 1 views

15 Julai 2014 - Encik Mohd Sufi Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Islam As-Sofa, Malaysia diiringi oleh Encik Salahudin Azman dan Encik Omar Mukhtar bin Md. Yunus dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Jamal bin Hassan pada 15 Julai 2014.  Delegasi itu turut disertai oleh penyelaras lawatan di Maghribi iaitu Encik Hassan Amaari.

 

Encik Mohd Sufi Ibrahim di samping kunjungan hormat kepada Duta Besar, lawatan mereka ke Maghribi adalah juga untuk mengadakan Memorandum Persafahaman (MOU) di antara Kolej Islam As-Sofa dengan Universiti Qaraween di Fes, Maghribi serta mengadakan perbincangan dan tindakan susulan lanjutan daripada MOU yang Kolej Islam As-Sofa telah ditandatangani dengan Universiti Mohammed V, Agdal, Maghribi pada tahun 2012.

Share:
Link copied to clipboard
Back