Mission News

Kunjungan Presiden Al Omran Holdings ke atas TYT Duta Besar

25 December 2011 1 views

Kunjungan Hormat Presiden Al Omrane Holdings ke atas TYT Duta Besar

 

Presiden Al Omrane, Badr El Kanouni telah membuat kunjungan hormat ke atas TYT Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia ke Maghribi pada hari Jumaat, 3 Ogos 2012.

 

Among the matters discussed were the Malaysian company Al Hidayah projects in Rabat.

 

Lawatan Kerja Majlis Universiti Islam Malaysia ke Maghribi, 25-31 Disember 2011

 

Satu lawatan kerja oleh Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM) ke Maghribi, telah diadakan pada 25-31 Disember 2011. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Tan Sri Yusuf Nur.

 

Delegasi MUIS telah diraikan oleh TYT Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia ke Maghribi dengan satu jamuan makan malam di kediaman rasmi beliau pada 26 Disember 2011.

 

Satu perjumpaan bersama pelajar Malaysia di Maghribi juga telah diadakan pada 28 Disember 2011 di rumah Penasihat Kedutaan.

 

Lawatan Kerja Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

ke Maghribi, 24-30 Disember 2011

 

Delagasi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang diketuai oleh S.S Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, Mufti Negeri Melaka telah membuat lawatan kerja ke Maghribi pada 24-30 Disember 2011.

 

Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Jamal Hassan telah meraikan delgasi tersebut di kediaman rasmi dengan majlis makan malam pada 26 Disember 2011.

 

1 Malaysia Best Carnival di Rabat

 

Satu pameran barangan 36 produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera dari Malaysia di bawah Konsortium Usahawan Makanan Industri Asas Tani Sdn. Bhd.(Komita) telah diadakan di pasaraya Aswak Assalam di Rabat pada 15-19 Disember 2011.

 

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh TYT Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia ke Maghribi telah dihadiri oleh antara lain Omar Chaabi, Timbalan Presiden Ynna Holding, diplomat-diplomat di Maghribi, dan pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Maghribi.

 

Antara barangan yang dipamerkan adalah barangan makanan, kerja kraf dan batik.

Share:
Link copied to clipboard
Back