LAWATAN KE PROJEK KUMPULAN AL-HIDAYAH DI MEKNES
Demi mendedahkan HBS kepada penglibatan sektor swasta Malaysia dalam projek pembangunan di Maghribi, TYT Duta Besar telah mengaturkan satu lawatan pemeriksaan bagi semua HBS ke projek Kumpulan Al-Hidayah di Meknes pada Sabtu, 31 Oktober 2009. Semua pegawai Kumpulan Al-Hidayah termasuk Presiden syarikat tersebut telah berada di tapak projek untuk memberi taklimat dan membawa kami melihat perkembangan projek.
2. Projek utama di Meknes ialah asrama pelajar yang boleh menampung 3,000 pelajar khususnya dari Universiti Moulay Ismail yang terletak bersebelahan. Para pelajar akan mula menduduki asrama ini dalam bulan Februari 2010 dengan 200 pelajar sebagai kumpulan percubaan tidak lama lagi. Projek ini akan berjalan selama 30 tahun dan diserahkan kepada pihak berkuasa Wakaf Maghribi selepas itu. Ini merupakan satu kompleks Malaysia yang boleh menjadi mercu tanda di Meknes.
3. Disamping asrama pelajar sebagai komponen utama, Kumpulan Al-Hidayah juga sedang membina kolej latihan jururawat dalam kompleks yang sama. Latihan kejururawatan ini akan diuruskan oleh KPJ. Kolej latihan jururawat di kompleks ini menjadi perintis bagi projek-projek kesihatan yang lain di Maghribi. Ini merupakan tunggak baru pelaburan Malaysia di Maghribi. Projek rumah sakit akan dibina di Tamesna, kira-kira 20KM dari Rabat, sebuah bandar baru yang turut dibangunkan oleh Kumpulan Al-Hidayah.
4. Ini merupakan kali kedua HBS didedahkan kepada projek swasta Malaysia di Maghribi. Kali pertama program yang sama dilaksanakan ialah pada 26 Mac 2007 apabila HBS dibawa melawat kilang SPK di Mohamedia, kira-kira 100 KM dari Rabat.
5. Dikesempatan ini juga, semua HBS telah mengambil peluang untuk melawat produk-produk pelancongan di Meknes dan sekitar Meknes dengan bantuan tourism Meknes.