2 Jun 2014 - TYT Jamal bin Hassan, Duta Besar Malawakil Rabat telah menerima kunjungan hormat oleh delegasi Akademik Antarabangsa IKIP dan Yayasan Pahang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa selaku CEO IKIP, Encik Abdul Razak bin Abu Musa Saari dan Encik Khairul Anuar Abu Bakar dari Yayasan Pahang serta Encik Mohd Rashimi bin Mohamed dan Encik Kamel Agrebi (Pengajian Islam dan Bahasa Arab IKIP).
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama Kementerian Luar Negara dan Kerjasama Morocco, Kementerian Pengajian Tinggi Morocco dan AMCI bagi penghantaran pelajar-pelajar terpilih ke Morocco di bawah tajaan Yayasan Pahang. Selain itu, turut diadakan lawatan ke universiti-universiti terpilih di Rabat, Casablanca, Kenitra dan Fez.