Mission News

Lawatan Rasmi Akademi Sains Malaysia ke Maghribi, 10-15 Februari 2012

29 November 2000 1 views

Lawatan Rasmi Akademi Sains Malaysia ke Maghribi, 10-15 Februari 2012

Satu delegasi dari Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Maghribi pada 10 - 15 Februari 2012. Delegasi tersebut terdiri daripada:

       i.           Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali FASc
                    Presiden, ASM
 
       ii.           Academician Professor Datuk Ir (Dr) Hj Ahmad Zaidee Laidin FASc
                    Naib Presiden, ASM
 
      iii.           Academician Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir FASc
                    Bendahari, ASM
 
      iv.           Dato’ Dr Syarifah Maimunah Syed Zin
                    Ahli Jawatankuasa Pendidikan Sains, ASM
 
       v.           Muhammad Fardy Md Ibrahim
                     Pegawai Sains, ASM

Hassan II Academy of Sciences and Technology, Morocco (ASTM) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah bersama menganjurkan “Joint Seminar on Science Education” yang  berlansung pada 10 Februari 2012 di Rabat. Seminar ini dihadiri oleh delegasi dari ASM, wakil dari Hassan II ASTM,  wakil dari Kementerian Pelajaran Morocco, pengarah pendidkan sekolah menengah dan rendah Morocco, saintis dan guru dari Morocco.
 
Atas jemputan pihak Hassan II ASTM, delegasi ASM telah melawat beberapa institusi sains dan universiti terpilih dari 11-14 Februari 2012 dan seterusnya menghadiri sesi plenari tahunan Hassan II ASTM pada pagi 15 Februari 2012.

Duta Besar Malaysia telah meraikan delegasi tersebut dengan makan malam di Rumah Malaysia pada 13 Februari 2012. Selepas makan malam, Professor Datuk Ir (Dr) Hj Ahmad Zaidee Laidin telah sukacita memberikan penerangan mengenai fakta sebenar untuk menyangkal salah anggapan mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Pahang dan juga menerangkan tentang cadangan yang dibuat oleh ASTM untuk memastikan keselamatan di loji tersebut dan kesihatan penduduk sekeliling terjamin.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back