Mission News

Majlis Iftar Serta Solat Terawih Bersama Rakyat Malaysia, 20 Jun 2015

01 July 2015 1 views

Majlis iftar serta solat terawih bersama rakyat Malaysia telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar pada 20 Jun 2015.  Seramai 70 orang jemputan telah hadir termasuk para pelajar dan pegawai Kedutaan.  Selain itu, majlis tersebut juga telah dihadiri oleh TYT E.D. Syarief Syamsuri, Duta Besar Republik Indonesia dan Haji Hipni Matarsad, Kuasausaha Sementara Brunei Darussalam, serta beberapa pegawai Kedutaan masing-masing.  Para hadirin telah bersama-sama menikmati pelbagai juadah Malaysia yang telah disediakan dan turut menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan Terawih secara berjemaah.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back