Malawakil Rabat telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidil Adha bertempat di Bangunan Canseri. Sebanyak 80 orang rakyat Malaysia termasuk pegawai/kakitangan Kedutaan bersama ahli keluarga telah memeriahkan majlis tersebut di samping diadakan program korban seekor kambing. Malawakil telah menyediakan pelbagai masakan Malaysia dan juadah kuih-muih serta dimeriahi oleh beberapa ahli keluarga pelajar dari Malaysia yang berkesempatan bersama-sama meraikan majlis ini.