MESYUARAT DENGAN KEMENTERIAN AWQAF DAN HAL EHWAL ISLAM MAGHRIBI
Rabat, 28 November 2025 – Dato’ Shahabudeen Adam Shah telah mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama Encik Abdelhadi Rezziki, Pengarah Bahagian Waqaf di Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi. Delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai kanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan aspek pengurusan serta amalan perakaunan wakaf di Malaysia dan Maghribi, selain meneroka peluang kerjasama yang boleh memperkukuh institusi wakaf di kedua-dua negara.


