Mission News

PELAKSANAAN BAYARAN DAN TATACARA BAHARU BAGI PERMOHONAN GANTIAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA YANG DILAPORKAN HILANG ATAU ROSAK

15 January 2019 1 views

1. Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 2 Januari 2019, berdasarkan Seksyen 3, Akta Fi 1957, Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan 2019), terdapat pelaksanaan bayaran terbaharu bagi permohonan gantian Pasport Malaysia Antarabangsa yang hilang ataupun rosak.

2. Sehubungan ini, kumpulan pertama iaitu individu (Dewasa) yang ingin menggantikan pasport yang telah hilang atau rosak buat kali pertama akan dikenakan bayaran sebanyak RM400 manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun atau pelajar, berumur 21 tahun ke bawah yang sedang dalam tempoh pengajian di luar negara akan dikenakan bayaran sebanyak RM300.

3. Untuk penggantian kali kedua, kumpulan pemegang pasport yang sama akan dikenakan bayaran sebanyak RM700 bagi kumpulan pertama dan RM600 bagi kumpulan kedua.

4. Bayaran bagi penggantian akan meningkat sebanyak RM1,200 bagi kumpulan pertama dan RM1,100 bagi kumpulan kedua atas kehilangan atau kerosakan pasport untuk kali ketiga.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back