Mission News

PENGIBARAN BENDERA SEPARUH TIANG DAN PEMBUKAAN BUKU TAKZIAH DI MALAWAKIL RABAT SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN KEPADA MANGSA INSIDEN MH17

21 July 2014 1 views

21 Julai 2014 - Malawakil Rabat telah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang dan pembukaan Buku Takziah sebagai tanda penghormatan kepada mangsa insiden MH17 yang telah berlaku pada 17 Julai 2014. Buku Takziah ini akan dibuka selama tiga hari mulai 21 hingga 23 Julai 2014 (Isnin hingga Rabu) dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pelawat pertama yang telah menandatangani Buku Takziah ini adalah H.E. Ambassador Dwight L. Bush, Sr, Duta Besar Amerika ke Morocco dan Mr. Matthew Lussenhop, Kaunselor Kedutaan Amerika di Morocco. Ini diikuti oleh Perwakilan Asing lain seperti Switzerland, Poland, Bulgaria, India, Brazil, St. Dominic dan lain-lain negara turut memberikan penghormatan ke atas insiden MH17 pada hari pertama buku takziah ini dibuka.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back