Mission News

PENUBUHAN PERSATUAN SENI SILAT GAYONG DI MOROCCO

15 June 2014 1 views

Pada 8 Jun 2014, wakil Persatuan Seni Silat Gayong di Morocco telah menjemput Ambassador Jamal Hassan, Duta Besar Malaysia Rabat bagi perasmian penubuhan Persatuan Seni Silat Gayong di Morocco. Turut hadir di majlis tersebut adalah wakil Datuk Bandar Sale, juru latih tempatan dan penduduk di sekitar Rabat.


Pada majlis tersebut, para ahli yang terdiri daripada para remaja, wanita dan kanak-kanak telah mempamerkan pelbagai aksi silat gayong. Dengan pertubuhan persatuan ini secara tidak langsung akan dapat menyemarakkan hubungan dua hala serta imej Malaysia di kalangan masyarakat tempatan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back