Mission News

Penyertaan Tourism Malaysia Jeddah di Moroccan Travel Market 2009, Marrakech

09 February 2009 1 views

 

Tourism Malaysia Jeddah mengambil bahagian buat kali kedua dalam Moroccan Travel Market 2009 di Marrakech mulai 15 – 18 Januari 2009 sebagai usaha terbaru mempromosi Tourism Malaysia di pasaran Maghribi. Maghribi merupakan pintu masuk ke pasaran Eropah dan juga ke Afrika dan merupakan pasaran pelancongan yang sedang bangkit. Gerai Tourism Malaysia merupakan gerai popular di kalangan pelawat kerana ada tarikan terbaru ialah pencating batik (Encik Rozakir Abdul Rahman)dan kartunis (Encik Saadon Ishak). Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Datuk Othman Samin turut menyertai majlis perasmian dan melawat ke gerai Tourism Malaysia.
 

2.       Dalam satu perkembangan lain, Encik Abdul Rahman Shaari, Pengarah Wilayah beribu pejabat di Dubai telah melakukan lawatan kerja ke Casablanca dan Rabat untuk menemui agensi-agensi pelancongan di kedua-dua bandar tersebut. TYT Duta Besar turut menyertai kedua-dua pertemuan itu. Encik Abdul Rahman turut menemui seorang penyanyi terkenal, Encik Norman Lahlou yang boleh menjadi orang kuat promosi pelancongan Malaysia menerusi seni.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back