Lembaga Pentadbir Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) bagi sesi 2015/16 yang baru dilantik telah mengadakan perjumpaan bersama TYT Jamal Hassan pada 7 Julai 2015 di Kedutaan Besar Malaysia, Rabat. Dalam perjumpaan tersebut, para pelajar telah berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang serta isu-isu berkaitan pengajian para pelajar Malaysia di Maghribi.