Mission News

Resepsi Perayaan Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 pada 23 September 2009 di Kediaman Rasmi Duta Besar, Rabat, Maghribi

29 September 2009 1 views

 

Kedutaan Besar Malaysia telah berjaya menyempurnakan satu majlis resepsi rasmi sempena Perayaan Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 pada 23 September 2009 di Kediaman Rasmi Duta Besar dengan dihadiri oleh 400 orang tetamu. Resepsi ini juga sekali gus merupakan Hari Rumah Terbuka Aidilfitri. Tarikh ini dipilih kerana 31 Ogos 2009 jatuh dalam bulan suci Ramadhan dan resepsi rasmi tidak sesuai diadakan di Rabat kerana kebanyakkan tetamu Maghribi terlibat dengan aktiviti Ramadhan seperti tarawih. Walaubagaimana pun pada 31 Ogos 2009, semua rakyat Malaysia telah berkumpul di Kediaman Rasmi Duta Besar untuk majlis berbuka puasa Merdeka. Majlis itu dipenuhi dengan solat sunat tarawih dan doa selamat Merdeka. Turut menyerikan majlis pada malam itu ialah kehadiran hakim dan qari dari Maghribi yang turut serta dalam Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa di Kuala Lumpur. Dua (2) orang qari dari Maghribi itu turut memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada majlis tersebut. Untuk makluman, salah seorang qari tersebut yang turut serta di Majlis Tilawah Antarabangsa tahun 2008 dan telah berjaya menduduki tempat kedua.
 

2. Untuk majlis resepsi kali ini, publisiti pelancongan yang berkesan telah ditonjolkan. Pada tahun ini dengan ihsan Tourism Sabah, setiap tetamu yang hadir  telah dikalungi dengan rantai etnik Sabah.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back