Rakyat Malaysia bersama-sama tetamu asing dan tetamu Maghribi turut merayakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-51 pada 31 Ogos 2008 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat secara secara sederhana tetapi meriah. Tetamu kehormat ialah TYT Khalid Naciri, Menteri Komunikasi Maghribi menghabiskan masa hampir satu jam bersama tetamu sambil menikmati juadah Malaysia seperti nasi goreng, mee goreng, rojak dan cucur udang yang disediakan oleh para pelajar Malaysia dan juga anggota Perwakilan. Setiap tetamu dihadiahkan ketupat berisi gula-gula sebagai cenderahati Merdeka.
| Duta Besar menyambut ketibaan Menteri Komunikasi Maghribi |
| Tetamu beramah mesra sesama mereka semasa resepsi |