Kedutaan Besar Malaysia di Rabat telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada 24 September 2015. Pada sebelah pagi, acara korban termasuk seekor kambing yang disumbangkan oleh His Majesty King Mohammed VI, Raja Maghribi, telah diadakan di perkarangan pejabat Kedutaan.
Pada sebelah petang pula, majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Adha telah diadakan di kediaman rasmi Duta Besar. Seramai 100 orang rakyat Malaysia termasuk pegawai/kakitangan Kedutaan bersama ahli keluarga dan juga diplomat asing serta rakyat tempatan telah memeriahkan majlis tersebut. Para hadirin telah berpeluang menjamu selera dengan pelbagai masakan hasil acara korban dan juadah kuih-muih Malaysia.