Mission News

Sambutan Maulidur Rasul di Maghribi

15 March 2009 1 views

 

Dengan bertemakan "Menggapai Kemulian di Rendangan Tauladan" Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dan Kedutaan Besar Malaysia di Rabat bergandingan tangan menganjurkan Majlis Maulidur Rasul di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia pada 10 Mac 2009. Disamping salawat, sembahyang asar dan maghrib berjemaah, majlis diserikan dengan nyanyian nasyid oleh Kumpulan Nasyid Persatuan Mahasiswa Malaysia dan juga satu "talkshow" bertajuk "hilangnya kasih, pudarnya cinta" yang dijayakan oleh tiga orang penceramah terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia.
 
2.     Mengambil semangat kasihkan umat yang diajar oleh Junjungan Besar, kelainan yang ditonjolkan pada tahun ini ialah penyertaan 20 murid-murid cacat dari sebuah persatuan di Rabat. Menerusi program "kenali mereka, sayang adikku sayang" para pelajar dan rakyat Malaysia beramah mesra dengan anak-anak istimewa dan ibubapa mereka. Salah seorang dari anak-anak itu turut menghibur tetamu. Semua pelajar istimewa itu dihadiahi dengan cenderamata Maulidur Rasul.
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back