Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India, terutamanya kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah di timur laut Afghanistan pada 26 Oktober 2015.
Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi tersebut. Kementerian Luar Negeri akan terus memantau keadaan tersebut.
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Anifah Aman turut mengutuskan perutusan takziah kepada rakan sejawatan mereka di atas kejadian yang berlaku.