Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KATHMANDU

17 October 2025 1 views

Sebagai menyahut saranan Kementerian Belia dan Sukan, KBM Kathmandu telah mengadakan aktiviti kesihatan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) dengan mengadakan program hiking. Program ini telah diadakan di Indra Ssarovar & Mohini Waterfall @ Markhu, Nepal dengan melibatkan penyertaan semua kakitangan di Kedutaan bersama HBS dan keluarga.

Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi. Aktiviti hiking sejauh lebih kurang 5KM ini mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit perjalanan. Sepanjang aktiviti hiking ini, peserta telah melalui jambatan gantung untuk merentasi tasik sehingga sampai ke destinasi terakhir iaitu Mohini Waterfall. Sepanjang perjalanan, peserta telah dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.

Makanan seperti Nasi Lemak, Mee Kari, Kuih Kaswi Pandan, Cucur (jemput-jemput), Sardin roll, Teh Tarik, Kopi O dan beberapa makanan lain telah dibawa secara potluck untuk dinikmati bersama secara berkelah di destinasi kemuncak program dengan berlatar belakangkan Mohini Waterfall. Para peserta juga dapat menyegarkan diri setelah penat melaksanakan aktiviti pendakian dengan membasahkan badan (mandi-manda) di air terjun berkenaan.

Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat menyihatkan badan disamping mengeratkan lagi hubungan diantara Kakitangan Kedutaan dan HBS.

Share:
Link copied to clipboard
Back