ASEAN Ladies Circle (ALC) General Meeting and Coffee Morning telah dihoskan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Musrifah Sapardi Rustam, isteri TYT Duta Besar Malaysia ke Oman di Kediaman Rasmi pada 7 Oktober 2012 . Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg. Datin Hajjah Norbayura Haji Lamit, President ALC juga isteri Duta Besar Brunei Darussalam, Ibu Nilam Larasati Sukanto, Isteri Duta Besar Indonesia, Madam Dounghatai Danvivathana, Isteri Duta Besar Thailand, wakil dari Kedutaan Besar Filipina dan Cik Sarah Mc Donald, Wartawan Times of Oman.
Disamping itu setiap negara ASEAN membawa 6 orang peserta terdiri dari isteri-isteri pegawai Kedutaan dan komuniti dari negara masing-masing. Malaysia sebagai hos pula mengundang ahli-ahli PERWAKILAN seramai 30 orang untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut. Acara utama yang dipersembahkan adalah pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh model-model yang terdiri dari ahli-ahli PERWAKILAN. Mereka memperagakan pakaian dari negeri Pahang, Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri.
Sambil menikmati kuih-muih tradisional Malaysia yang disediakan oleh PERWAKILAN, tetamu dihiburkan dan turut serta dengan acara joget lambak. Majlis ini telah diberi liputan utama oleh media di Oman.
Kedutaan Besar Malaysia, Muscat
13 Oktober 2012