Mission News

PELAKSANAAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) MUKASURAT BIODATA POLYCARBONATE

10 April 2013 1 views

Kepada: Semua Warganegara Malaysia di Oman

 

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk mengganti Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) jenis laminat kepada PMA jenis polycarbonate.

 

Selaras dengan pelaksanaan pasport polycarbonate, semua jenis permohonan pasport kali pertama, tamat tempoh, kerosakan dan kehilangan, gambar yang disertakan adalah berlatarbelakangkan putih mengikut spesifikasi ICAO. Pelaksanaan ini adalah berkuatkuasa mulai 8 April 2013.

Pasport sedia ada masih boleh digunapakai sehingga tamat tempoh pasport berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas boleh dirujuk kepada Kedutaan Besar Malaysia, Muscat ditalian telefon 00 (968) 2469 8329 / 2469 8643 atau e-mel malmuscat@kln.gov.my


Sekian, terima kasih.

Kedutaan Besar Malaysia

Muscat, Sultanate of Oman

 

9 April 2013. 

Share:
Link copied to clipboard
Back