Kedutaan Besar Malaysia di Muscat telah mengadakan solat hajat pada 17 Mac 2014 yang lalu, memohon agar pesawat MH 370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal segera ditemui. Solat hajat yang diadakan di Rumah Malaysia, iaitu kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Oman telah dihadiri oleh lebih kurang 30 rakyat Malaysia yang berada di Muscat.
Di dalam majilis yang amat bermakna tersebut, YBhg. Dato Rustam Yahaya selaku Duta Besar Malaysia ke Oman telah memaklumkan perkembangan terkini pencarian pesawat tersebut yang telah memasuki hari yang ke-8. Rata-rata hadirin yang hadir pada majlis tersebut berasa sedih dan turut bersimpati dengan kesemua keluarga penumpang yang terlibat dan hanya mampu berdoa semoga pencarian ini akan segera berakhir.