Sukaneka Malaysia 2014 di Oman telah berjaya dianjurkan buat julung kalinya pada 7 June 2014 yang lalu. Acara tersebut telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 250 orang rakyat Malaysia yang menetap di seluruh Oman. Acara sehari itu juga diadakan untuk meraikanTYT Dato’ Rustam Yahaya, Duta Besar Malaysia ke Oman serta YBhg. Datin Dr. Musrifah Sapardi yang akan kembali ke Malaysia pada penghujung Jun nanti.
Penganjuran acara tersebut berjalan lancar hasil kerjasama erat rakyat Malaysia di Oman dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Oman yang berjaya melaksanakan semua program yang dirancang. Acara tersebut juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kompleks Sukan Sultan Qaboos serta mendapat liputan bergambar dari media tempatan iaitu majalah The Week.