Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430H, Kedutaan Besar Malaysia Moscow
Kedutaan Besar Malaysia di Moscow menjemput semua warga Malaysia yang beragama Islam untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha pada hari Jumaat, 27 November 2009 bermula jam 8.30 pagi.
Untuk tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow akan mengadakan upacara korban yang akan bermula sejurus selepas Solat Sunat Aidiladha. Semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dialu-alukan hadir untuk bersama-sama membantu majlis korban tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia turut akan mengadakan Solat Jumaat seperti biasa pada 27 November 2009 pada jam 1.00 petang.
Duta Besar dan semua warga Kedutaan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidiladha 1430H dan mendoakan agar semua jemaah Haji terutamanya jemaah Haji Malaysia dipermudahkan ibadah Haji serta dikurniakan Haji yang mabrur, Insya-Allah.
Sehubungan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Kedutaan Besar Malaysia akan ditutup untuk semua urusan rasmi pada hari Jumaat, 27 November 2009. Kedutaan akan dibuka semula pada hari Isnin, 30 November 2009.
Due to the Eid al-Adha celebrations, the Embassy of Malaysia will be closed for all official business on Friday, November 27, 2009. The Embassy will reopen as usual on Monday, November 30, 2009.