Travel Advisory

NASIHAT PELAJAR
PANDUAN UMUM BAGI PELAJAR MALAYSIA YANG AKAN/ SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERSEKUTUAN RUSIA
a) PERSEDIAAN SEBELUM KE LUAR NEGARA
| PERKARA | PENERANGAN |
| Syarat Kelayakan Minimum | Pelajar mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan oleh universiti.
|
| Pengiktirafan Kursus Pengajian | Pelajar boleh merujuk ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyemak status pengiktirafan kursus pengajian.
|
| Maklumat Pengajian di Rusia | Membuat semakan berkaitan bidang pengajian dengan pihak universiti.
Pelajar juga boleh merujuk kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, Persekutuan Rusia.
|
| Surat Tawaran Universiti | Mendapatkan surat tawaran kemasukan ke universiti terlebih dahulu.
|
| Agen | Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Moscow tidak pernah melantik mana-mana agen pengurusan pelajar untuk mengendalikan urusan penempatan pelajar di Persekutuan Rusia.
Pelajar dinasihatkan supaya mengenal pasti dan berurusan dengan agen yang diiktiraf oleh pihak universiti sahaja.
|
| Permohonan Pasport | Pelajar perlu berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
|
| Permohonan Visa | Pelajar perlu mendapatkan visa Persekutuan Rusia yang sah.
|
| Dokumen Asal | Tidak membiarkan dokumen asal (akademik dan peribadi) disimpan oleh pihak agen atau universiti.
|
| Dokumen/ Perjanjian Kontrak | Meneliti dan memahami syarat-syarat kontrak yang disediakan oleh pihak universiti dan agen sebelum menandatangani sebarang dokumen perjanjian.
Memastikan syarat-syarat kontrak turut disediakan oleh pihak agen/ universiti dalam Bahasa Inggeris selain dalam Bahasa Rusia.
Tidak membiarkan dokumen/ kontrak ditandatangani oleh pihak lain.
|
| Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) | Telah mempunyai SSLN atau dikenali sebagai Non Objection Certification (NOC) sebelum memulakan pengajian.
|
| Khidmat Nasihat | Sentiasa mendapatkan nasihat/ membuat semakan dengan pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, Persekutuan Rusia.
|
b) SEMASA DI PERSEKUTUAN RUSIA
| PERKARA | PENERANGAN |
| Pendaftaran di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow | Pelajar dinasihatkan untuk mendaftar dengan pihak kedutaan.
|
| Persatuan Pelajar | Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar yang berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Moscow dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjejaskan imej negara.
|
| Isu Semasa di Negara Pengajian | Pelajar dinasihati supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai isu-isu semasa negara Persekutuan Rusia.
|
| Khidmat Nasihat | Pelajar dinasihati untuk sentiasa merujuk berkaitan urusan akademik dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.
|
| Keselamatan | Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, dokumen dan harta benda.
Pelajar digalakkan untuk membuat salinan bagi semua dokumen-dokumen penting seperti pasport, visa, kad pengenalan, surat beranak dan lain-lain.
|
| Keluar Dari Persekutuan Rusia | Pelajar yang ingin keluar daripada negara Persekutuan Rusia samada pulang ke Malaysia, melancong, urusan rasmi dan lain-lain urusan hendaklah memaklumkan kepada pihak Kedutaan melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.
|
| Tempoh Pasport dan Visa | Sentiasa memastikan tempoh pasport dan visa masih sah sepanjang berada di Persekutuan Rusia.
Pelajar hendaklah segera memohon pembaharuan pasport dan visa yang akan tamat tempoh sah.
|
| No. Perhubungan | Pelajar dinasihatkan supaya menyimpan no. perhubungan penting seperti pegawai kedutaan, universiti, persatuan pelajar, polis, bomba, ambulans dan lain-lain.
|
c) SELEPAS TAMAT BELAJAR
| PERKARA | PENERANGAN |
| Tamat belajar | Pelajar dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak kedutaan setelah tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.
|