Mission News

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS MINUM PETANG DAN TAKLIMAT MENGENAI TALENTCORP DI STOCKHOLM, SWEDEN PADA 8 JUN 2012

29 May 2012 1 views

PENGUMUMAN:

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS MINUM PETANG DAN TAKLIMAT MENGENAI TALENTCORP DI STOCKHOLM, SWEDEN PADA  8 JUN 2012

  

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm akan menganjurkan Majlis Minum Petang dan Taklimat Mengenai TalentCorp di Bangunan Canseri, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden pada hari Jumaat, 8 Jun 2012 dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam. 

Para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia di Sweden adalah dijemput untuk menghadiri Majlis ini. Para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia di Sweden adalah dipohon untuk mengesahkan penyertaan masing-masing selewat-lewatnya pada hari Rabu, 6 Jun 2012 melalui telefon + 46 8 4408 400 atau email kepada mwstholm@algohotellet.se.

Para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia di Denmark, Norway dan Iceland yang berminat adalah juga dijemput hadir ke Majlis ini. Kerjasama para profesional dan pelajar-pelajar dalam memanjangkan jemputan ini kepada para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain juga amatlah dihargai.

Program Majlis termasuk ucapan TYT Dato´ Duta Besar, taklimat berkaitan ”Returning Expert Progrmme’ di bawah TalentCorp, Perbincangan serta Sesi Soal Jawab dan Jamuan Minum Petang. Pada masa yang sama Kedutaan Besar akan mengadakan pendaftaran serta mengemaskini rekod para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden.

Kehadiran para profesional dan pelajar-pelajar Malaysia dari Sweden, Denmark, Norway dan Iceland ke Majlis Minum Petang dan Taklimat Mengenai TalentCorp ini adalah dialu-alukan. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm

Sweden

29 Mei 2012

Share:
Link copied to clipboard
Back