MAJLIS BERAMA RAKYAT MALAYSIA
OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
STOCKHOLM, SWEDEN.
30 DISEMBER 2008
____________________________________________________
Pada 30 Disember 2008, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden menutup tirai aktivitinya untuk tahun 2008 dengan mengadakan ’Majlis Bersama Rakyat Malaysia’. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh beberapa orang rakyat Malaysia yang tinggal disekitar Stockholm, Sweden. Jemputan ini tidak dapat dipanjangkan kepada rakyat Malaysia yang lain memandangkan peruntukan yang terlalu kecil dan ianya diterima di saat-saat akhir tahun. Program bermula dengan bacaan Doa dan diikuti dengan amanat daripada TYT Dato’ Kamarudin Mustafa, Duta Besar dan selepas itu, para tetamu yang hadir disajikan dengan juadah makanan Malaysia.
Click Image for Enlarge