Pada 9 Julai 2014, satu Majlis Doa Selamat dan Iftar serta Solat Tarawih telah diadakan di Bangunan Canseri, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, di alamat Karlavägen 37, 10041 Stockholm.
2. Majlis Doa Selamat tersebut diadakan sempena meraikan pembebasan Encik Azizul dari penjara Vastervik Norra, Sweden pada hari yang sama. Majlis tersebut telah diadakan dengan kerjasama keluarga Encik Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Tourism Malaysia Stockholm serta isteri beliau, Puan Shalwati Norshal di mana keluarga tersebut telah diwakili oleh Cik Nor Azila Makhzan yang turut hadir di majlis itu.
3. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para pegawai Kedutaan dan keluarga mereka serta rakyat Malaysia di Stockholm.
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
10 Julai 2014