Sepertimana pada tahun-tahun lepas, Kedutaan Besar Malaydia di Stockholm telah mengadakan majlis Iftar dan Solat Tarawih pada hari Sabtu, 5 Julai 2014 bertempat di Bangunan Canseri, Karlavägen 37, 10041 Stockholm.
2. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kedutaan Besar ini dan keluarga mereka serta rakyat Malaysia beragama Islam di Stockholm.
3. Para jemaah menikmati jamuan Iftar dan Moreh yang telah disediakan secara ’pot-luck’ di majlis tersebut.
4. Majlis tersebut juga telah mengukuhkan lagi silaturahim di kalangan para jemaah yang hadir di majlis tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
7 Julai 2014