PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR LUAR (PTH) BAGI PELAJAR-PELAJAR SEPENUH MASA DI SWEDEN, DENMARK, NORWAY DAN ICELAND
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland dan pasangan iaitu isteri atau suami boleh mendaftar di Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden sebagai Pengundi Tidak Hadir berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Peraturan 2(e) dan Peraturan 2(f) yang telah menetapkan bahawa seseorang warganegara yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, juga akan membuka kaunter pendaftaran dan pertanyaan sebagai Pemilih oleh pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Sweden, Denmark, Norway dan Iceland bertempat di Bangunan Canseri, pada 3 Disember 2011, Sabtu dari jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak Kedutaan Besar Besar Malaysia di Stockholm melalui nombor telefon 00 468 4408 400 atau email kepada mwstholm@algohotellet.se., untuk perhatian Ketua Canseri.
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm, Sweden
23 November 2011