Raya Haji
Pada 8 Disember 2008, Kedutaan Besar Malaysia telah menganjurkan Solat Hari Raya Aidil-Adha. Majlis ini disertai oleh TYT Duta Besar dan isteri, keluarga para pegawai dan kakitangan homebased serta rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Stockholm, Sweden. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan takbir raya dan diikuti dengan solat dan khutbah hari raya. Selepas itu para jemputan menjamu selera. Di antara juadah yang disediakan ialah nasi lemak, pulut, ketupat, rendang, kari ayam, mee hoon goreng, kueh-mueh tradisional dan bermacam-macam lagi.
