SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H
DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM, SWEDEN
Sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, Sweden akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 4 Oktober 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bangunan Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Karlavagen 37
10041 Stockholm
Sweden
Sehubungan dengan ini, rakyat Malaysia beragama Islam, khususnya disekitar Stockholm, adalah dijemput untuk mengimarahkan majlis tersebut.
Seperti amalan pada tahun-tahun lalu, jemaah yang hadir dipohon membawa juadah yang cukup bagi lima (5) orang setiap satu bagi kita sama-sama menjamu selera selepas Solat Hari Raya.
‘Selamat Hari Raya Aidil Adha serta Ma’af Zahir dan Batin’
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
30 September 2014
PROGRAM
SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM
Sabtu, 4 Oktober 2014
8.30 pagi - Ketibaan Para Jemaah
9.00 pagi - Solat Hari Raya Aidil Fitri
- Ucapan Duta Besar
- Jamuan Aidil Fitri
1.00 petang - Bersurai