Sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, Sweden akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini seperti berikut:
Tarikh : Khamis, 24 September 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bangunan Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Karlavagen 37
10041 Stockholm
Sweden
2. Aturcara majlis adalah seperti di Lampiran.
3. Sehubungan dengan ini, semua rakyat Malaysia beragama Islam, khususnya disekitar Stockholm, adalah dijemput untuk mengimarahkan majlis tersebut. Lain-lain rakyat Malaysia yang berkebetulan bermusafir di Stockholm juga dialu-alukan
4. Seperti amalan pada tahun-tahun lalu, jemaah yang hadir dipohon membawa juadah secara 'pot'-luck' bagi kita sama-sama menjamu selera selepas Solat Hari Raya.
‘Selamat Hari Raya Aidil Adha serta Ma’af Zahir dan Batin’
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
15 September 2015
PROGRAM
SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1436H
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM
Khamis, 24 September 2015
8.30 pagi - Ketibaan Para Jemaah
9.00 pagi - Solat Hari Raya Aidil Adha
- Jamuan
- Bersurai