Sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, Sweden akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya Pertama
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bangunan Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Karlavagen 37
10041 Stockholm
Sweden
2. Semua muslimin dan muslimat warganegara Malaysia dijemput untuk mengimarahkan lagi majlis tersebut.
3. Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, segala persiapan logistik termasuk penyediaan makanan akan diadakan secara gotong-royong yang dikenali sebagai ’Beraya di Kampung Stockholm’ oleh rakyat Malaysia beragama Islam di Stockholm termasuk pegawai-pegawai Kedutaan. Aktiviti gotong-royong ini akan bermula satu hari sebelum Hari Raya. Sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong tersebut sila hubungi:
a) Encik Khairi Amzah - 0725 119 272
b) Encik Zainal Fitri Abu Khair - 0765 745 281
c) Puan Norafsah Mohd Nor - 0768 529 742
d) Puan Khatijah Mahat - 0729 305 775
4. Mana-mana pihak yang tidak dapat menyertai gotong-royong dan berminat untuk membawakan makanan secara pot-luck juga adalah dialu-alukan. Lain-lain rakyat Malaysia beragama Islam yang berkebetulan bermusafir di Stockholm juga turut dialu-alukan.
‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Ma’af Zahir dan Batin’
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
17 Julai 2014
PROGRAM
SOLAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1435H
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM
HARI RAYA PERTAMA
8.30 pagi - Ketibaan Para Jemaah
9.00 pagi - Solat Hari Raya Aidil Fitri
- Ucapan Duta Besar
- Jamuan Aidil Fitri
- Solat Zohor
2.30 petang - Bersurai