Sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, Kedutaan Besar Malaysia, Stockholm, Sweden akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini seperti berikut:
Tarikh : Jumaat, 17 Julai 2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bangunan Canseri
Kedutaan Besar Malaysia
Karlavagen 37
10041 Stockholm
Sweden
2. Aturcara majlis adalah seperti di Lampiran.
3. Sehubungan dengan ini, semua rakyat Malaysia beragama Islam, khususnya disekitar Stockholm, adalah dijemput untuk mengimarahkan majlis tersebut.
4. Seperti amalan pada tahun-tahun lalu, jemaah yang hadir dipohon membawa juadah yang cukup bagi lima (5) orang setiap satu bagi kita sama-sama menjamu selera selepas Solat Hari Raya.
‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Ma’af Zahir dan Batin’
Kedutaan Besar Malaysia
Stockholm
8 Julai 2015
PROGRAM SOLAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1436H KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, STOCKHOLM Jumaat, 17 Julai 2015 8.30 pagi - Ketibaan Para Jemaah 9.00 pagi - Solat Hari Raya Aidil Fitri - Ucapan Duta Besar - Jamuan Aidil Fitri 12.00 tengah hari - Bersurai