Mission News

LAWATAN SUKARELAWAN DARI MAJLIS BELIA MALAYSIA KE THAILAND, 16 - 19 DISEMBER 2011

26 December 2011 1 views

 Delegasi dari Majlis Belia Malaysia (MBM) seramai hampir 80 orang telah bertandang ke Thailand bagi maksud menjadi sukarelawan dalam membantu kerja-kerja pembersihan pasca-banjir yang sedang rancak dilaksanakan di seluruh Thailand setelah banjir besar yang berlaku baru-baru ini surut.

 

Delegasi MBM telah turut sama-sama membabitkan diri dalam pelbagai projek amal membersihkan beberapa sekolah, kampung dan kawasan perumahan di Bangkok dan wilayah berhampiran yang lain. Sesungguhnya program seumpama ini dapat menjelmakan nama baik Malaysia di mata masyarakat tempatan. Delegasi tersebut telah berkesempatan singgah di Kedutaan dan diraikan oleh Duta Besar dalam satu majlis ringkas di Dewan Besar Kedutaan.

 

 

 

Malawakil Bangkok

23 Disember 2011

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back