Mission News

PROGRAM PERTUKARAN SENI BUDAYA OLEH S.M.K KEDAWANG, LANGKAWI, 30 DISEMBER 2011

09 January 2012 1 views

 

 

Satu rombongan pelajar dan guru dari S.M.K Kedawang, Langkawi seramai 26 orang yang diketuai oleh Tuan Hj. Rooslee Ismail selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Negeri Kedah telah bertandang ke Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok pada 30 Disember 2011 bagi maksud mendapatkan sedikit takliamt tentang peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Kedutaan. Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh En. Tajul Aman Mohamad selaku Timbalan Ketua Perwakilan bagi pihak Duta Besar.

 
Rombongan tersebut sebenarnya sedang dalam rangka lawatan menghadiri program pertukaran seni budaya dengan sekolah di Thailand bagi maksud merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara serta memupuk persefahaman yang lebih jitu terutama dalam konteks semangat satu ASEAN.
 
 
Malawakil Bangkok
9 Januari 2012

 

Share:
Link copied to clipboard
Back