Program "9th Melayu Day@Yala 2024" bermula pada hari Jumaat jam 2.30 petang dengan perarakan kumpulan-kumpulan NGO Melayu setempat yang turut disertai oleh Ahli-ahli Persatuan Melayu Gelugor Pulau Pinang. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Encik Ahmad Fahrni Ahmad Sarkawi juga telah menyampaikan ucaptama semasa majlis perasmian yang antara lain menyentuh tentang kesaksamaan budaya, bahasa, persaudaraan dan hubungan erat antara masyarakat di Selatan Thailand khasnya dengan Malaysia. Beliau juga menegaskan agar semua pihak mengambil peluang untuk mempromosikan dialog, toleransi, dan saling hormat-menghormati, agar dapat membina masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berkembang dan menyumbang secara positif kepada masyarakat. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pol.Col.H.E Mr. Tawee Sodsong, Minister of Justice, Kingdom of Thailand.