Warga Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla bersama keluarga telah mengadakan aktiviti 'Beach and Hill Fun Walk' sempena Bulan Sukan Negara pada 17 Oktober 2019 di Pantai Samila dan Bukit Kao Noi, Songkhla, Thailand. Aktiviti dimulai dengan senaman ringan diikuti fun walk ke Pantai Samila seterusnya ke Bukit Kao Noi dan kembali ke Konsulat Jeneral Malaysia. Aktiviti riadah berakhir pada jam 6.00 petang diikuti dengan jamuan makan malam.







