Pada 14 Februari 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menyertai program "Festival Melayu Day @ Yala" kali Ke-10 yang berlangsung di Chang Phuak Park, Bandar Yala dari 14 hingga 16 Februari 2025. Program tersebut turut disertai oleh Pejabat Konsul Indonesia di Songkhla, Agensi Kerajaan dan media tempatan serta NGO di Wilayah Selatan Thailand. Bagi penganjuran program pada tahun ini, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Yala, NGO daripada Malaysia, Syarikat Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia serta Agensi Kerajaan seperti Tourism Malaysia (TM) Bangkok, UiTM Cawangan Machang, UiTM Cawangan Shah Alam, UiTM Cawangan Arau, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Ceritera Travel Sdn. Bhd, Wang Mart Sdn. Bhd, Legasi Seni (Cultural Troupe), Adabi (Thailand) dan Athanliz Innovations Sdn. Bhd.




Mission News
FESTIVAL "MELAYU DAY @ YALA 2025" KE-10 BERTEMPAT DI CHANG PHUAK PARK, YALA
21 February 2025
1 views