Pada 6 September 2021, Konsulat Jeneral telah mengadakan program gotong royong bersama-sama pegawai dan kakitangan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021. Program dimulai dengan acara menaikkan bendera Malaysia dan nyanyian lagu Negaraku diikuti senaman ringan. Antara aktiviti yang dibuat adalah mengecat tembok canseri, membaiki bumbung yang rosak serta mengemas kawasan kerja masing-masing di Canseri. Hidangan sarapan pagi dan tengah hari pula telah disediakan oleh PERWAKILAN Songkhla.







