Mission News

KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH KE ATAS KONSULAT GENERAL MALAYSIA, SONGKHLA

24 August 2023 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia telah menerima Kunjungan Hormat oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah pada 24 Ogos 2023 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla.  Rombongan tersebut diketuai oleh Encik Putera Azfar Syafiqq Azman, Ketua Rombongan dari Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah dan disertai oleh 28 orang anggota.  Rombongan tersebut disambut oleh Konsul III, Encik Sohaimi Ahmad.  Sesi suaikenal tersebut antaranya menyentuh tentang matlamat rombongan ke Selatan Thailand, perkongsian maklumat tentang budaya dan produk tempatan selain mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Hat Yai dan Songkhla.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back